17 May 2016

[Part Three] Redang Short Vacay!

Good Morning from Redang!

Holaa! Haritu aku dah sambung story kat Part 2.. So, harini aku nak continue for Part 3 pulak. Pagi 3 April, bangun seawal 7 pagi dgn tak mandinya (tp aku dah cuci muka, gosok gigi tau), aku ajak Sue pergi breakfast. Breakfast pagi tu pihak chalet sediakan Nasi Goreng, Bihun Goreng dgn teloqq hancuq. Not bad, sedap jugak even teloqq hancuq tu mcm mentah2 sikit. Tapi sedap hokeyy! Macam biasa laa, makan kat pondok menikmati suasana kat sana. Hahaa! After makan, balik bilik amik kamera aku sbb nak capture gambar pagi kat situ. Time tu air laut surut tau, so korang boleh jalan baik punya kat tepi pantai tu. Cantik sanagat2 cuaca pagi tu.

Chalet kami di sebalik pokok2 kepala kelapa tu laa

Gigih laa panjat bukit kat situ. Hahaa!
See, ombak pon jauh lagi. Air laut surutkan

Ni laa bilik kami. Baru nak snap. Hehee

Hahaa. Bosankan tgk kami bergambar? Oke2, jom sambung lagi. Aktiviti pagi tu, kita akan pergi snorkeling lg. Tapi kali ni dekat Marine Park pulak. Pukul 9 pagi bertolak ke sana Marine Park. Perjalanan ke sana lebih kurang 45 minit. Rasanya laa 😁 Sampai je kat sana, kena berkumpul dulu utk briefing before snorkel. Snorkeling kat situ, brader tu bagi masa sejam je. Jadi laa. Lama jugak tu. Settle je briefing, aku ajak Sue pergi kat welcome signage Marine Park tu. Bergambar sat kat sana. Dah puas bergambar, baru kami turun pergi snorkeling pulak.

Peace yaww! ✌🏻
Dah sampai dah @ Marine Park!
Briefing by Kenshin (yg baju putih tu)
Rombongan dari Redang Lagoon. Rasa mcm pergi camping ramai2 je. Hahaa!
Tu dia... Hakakk heksiteddd giler!
View sekitar Marine Park

Dah hadam dah gambar2 aku? Hahaa. Aku rasa post ni laa paling byk gambar yg aku nak share. Hehee 😁 Kat sini macam biasa laa, byk nampak ikangg dgn coral. Tapi, air laut kat sini cantik giler kot! Aku sampai terlampau excited tgk ikan dlm air, tup tup aku dah jauh dari pantai. Adoii.. Lagi sekali. Aku pon buat2 terapung dgn tgn duk laa tolak air laut utk sampai ke tepi pantai balik. Tapi usaha aku tu sia2 je. Haishh. Sue pon sama, tak dpt nak berenang balik ke tepi pantai. Last2, brader yg jaga laut tu tanya boleh ke nak ke pantai balik? Jawapan aku simple laa, tak boleh. Hahaa.. Brader tu ckp naik dari sini (panjat batu besar tepi tu) boleh tak? Aku pon nak taknak terpaksa laa naik dari situ jugak. Sakit jugak laa kaki nak memijak batu besar yg penuh dgn kerang mati. Dah laa tajam 😩 Tapak kaki aku mmg sensitif kalau pijak benda tajam2 ni. Mesti akan luka2. Hahaa! Nasib kau laa, Syaa.





Sempat lagi oitt. Padahal kaki dah sakit dah tu.

Lepas dah naik ke laluan yg ada welcome signage tadi, kami decide nak duduk kat tepi pantai je. Takut snorkel nanti, pergi jauh2 lagi macam tadi. Insaf dah. Hahaa! Ibu jari aku pon dah berdarah, so berendam jelaa dlm air laut tu bagi darah tu berhenti sikit. Bila dah oke, kami snorkeling balik dlm laut tapi kali ni tak jauh. Dekat2 pantai je. Ikan2 pon byk berenang area situ. Huhuu. Memang byk betol ikan kat situ. Sempat laa selfie dgn mereka. Kemain! Hahaa..

Santai tepi pantai je
Selfie dgn ikang2 tapi tak masuk sgt pulak dlm kamera

Time out! Brader2 boat panggil naik darat sebab masa dah tamat. So, masing2 naik ke pantai dan terus ke jeti. Boat kami mmg dah tunggu dekat situ, aku pon terus naik boat tu. Kali ni, aku dgn Sue dpt duduk bahagian luar boat. Haha. Dpt laa tgk view dari luar pulak, asyik dari dlm boat je kan. Yeayy! Sampai je dekat chalet, muka masing2 dah keletihan dgn perut pon lapar. Nasib baik makanan utk lunch dah siap dihidang. Aku tak ingat lauk apa yg aku makan, tapi yg pasti lauk2 yg dorang masak mmg terbaik. Sedap2 kot. Licin aku melantak. Makan pulak dekat pondok depan view pantai, lagi laa best. Hehe.


Jom balik chalet, perut dah lapaqq!
Santai lunch hour

To be continue next part :)