Planning untuk ke Redang Island ni aku plan last year, dalam bulan Disember macam tu laa. Disebabkan Sue beria sangat nak pergi pulau ni (katanya gian pulau. Hehee), so aku pon on jelaa. Alhamdulillah. Awal bulan ni (2 April 2016) dapat jugak pergi. Yeayyy! So before pergi sana, aku try laa survey2 pakej Redang yang ada. Mostly semua aku tengok kat Instagram. Senangkan. Hahaha.. Bila dapat pakej (
Ig: Destinasi Bajet) yang best, terus aku tanya and bila semua oke, aku buat reservation terus utk 3 hari 2 malam. Sis Zati tu pon baik je, very the mesra person oke. Senang betol nak deal dgn dia :) Kau tanya laa berapa banyak soalan pon, dia mesti akan jawab. Terbaik!
First planning nak pergi dalam 5 org, siap dah buat deposit lagi. But last minute (takde laa last minute sgt sbb dorang bagitau one month before depart kat sana), 3 org lagi kawan aku tu cancel pulak. Pening jugak laa nak cari pengganti tempat dorang tu. Yelaa, tinggal lagi sebulan je kot nak pergi sana. Dgn dah bayar depositnya. Nasib baik tiket bus aku beli utk aku dgn Sue je. Kalau tak, lagi bertambah pening laa. Then, aku bagitau Sue yang dorang nak cancel. Sue cakap, takpe laa. Kita pergi berdua je kalau dah takde org nak ganti. Aku pon on jelaa. Tak kisah laa, berdua pon berdua laa.
Bila sampai hari yg dinantikan, excited dia lain maciamm oke. Hahaa.. Last year aku dah pergi Pulau Perhentian kat Terengganu jugak dgn ex-housemate aku. Memang best gilerr laa kat sana *double thumbs up*. So, this year kita pergi Pulau Redang pulak. Memandangkan date yg aku pilih tu hari Sabtu and kena ada kat Jeti Shahbandar, Kuala Terengganu (dikenali jugak Terminal Penumpang) before pukul 9 pagi, so aku decide utk naik bus mlm Sabtu tu. Means hari Jumaat mlm Sabtu laa. Jumpa Sue kat TBS terus sbb Sue parking kereta dia kat sana. Senang laa.
 |
| Menunggu tren ke Seremban utk ke TBS |
Sampai je kat TBS, terus aku berlari berkejaran (takde laa berlari sgt. Kiranya jalan laju laa 😆) masuk mencari Sue. Hahaa. Kesian Sue kena tunggu aku lama dari pukul 7 kot. Adoii.. Sue dtg TBS dah laa awal sbb takut sesat jalan 😅. Aku sampai kat TBS dalam pukul 9 lebih. Sempat laa nak rehat kejap before departure pukul 10.30 mlm, pergi beli apa yg patut utk melantak dlm bus (padahal, masuk bus terus membuta. Hahaaa!). Kami tunggu depan pintu gate dalam setgh jam. Sampai je bus kat balai berlepas, kami terus pergi check in kat kaunter tix, letak beg kat tempat letak barang and naik bus. Fuhh.. Lega bila dah dapat naik bus. Jangan jadi mcm last year, berkejaran berlari ke pintu gate sbb dah lambat. Dah laa pintu gate dia kemain jauh. Penat dia tak payah ckp laa, sampaikan usb charger phone aku yg ori tu tercicir masa nak naik bus. Adoi, sayang gilerr kot. Hurmm 😢
 |
| Wefie dulu before depart :) |
Oke, next. Kami sampai kat Hentian Bas Kuala Terengganu dalm pukul 5 pagi. Subuh pon belom masuk lagi. Nak lepak kat surau, gate kat tangga tu kunci laa pulak. So, kami pon pergi berjalan kat bandar Kuala Terengganu sbb nak kena cucuk duit dulu utk bayar balance pakej kat chalet nanti. Disebabkan taktau bank belah mana, aku pon dgn pandainya bukak Google Maps utk cari bank yg terdekat. Sesat jugak laa. Dgn jalan yg betol2 lengang, kereta pon tak byk yg lalu lalang pagi2 buta tu. Jln punya jln, nasib baik jumpa CIMB. Hahahaa.. After cucuk duit, jalan balik ke bus stop and kami duduk laa kat kedai makan sementara nak tunggu matahari terbit. Alang2 lepak kat situ, aku dgn Sue pon breakfast laa terus. Pekena nasi lemak dgn teh 'o' suam. Nasi lemak dia dah tersedia kat meja tu, so kita boleh terus amik and makan tapi jgn lupa bayar laa. Hehee..
 |
| Bandar Kuala Terengganu yg lengang *Gambar blur sikit* |
 |
| Breakfast Nasi Lemak RM1.30/bungkus |
Dalam pukul 7 pagi tu, kami decide nak gerak ke jeti. Ingat nak jalan kaki je ke jeti sbb aku tgk dlm Google Maps (Google Maps aje aku ni) lebih kurang 10 ke 15 minit je nak sampai sana. Tapi bila tgk pakcik tu duk promote kereta sapu dia, kami pon naik jela. Satu kereta sapu tu dia cas RM10. Tak kisah laa berapa org yg naik, tapi maximum 4 org jelaa kot. Dah sampai jeti, kami duduk di ruang menunggu sementara kaunter tiket feri buka utk aku amik tiket. Tiket feri sekepala and return dalam harga RM110. Tapi, kami punya dah include dlm pakej haritu. So, dtg utk amik je. Waktu feri pon terhad. Pagi ada dua trip pukul 9 pagi dgn 10.30 pagi, ptg ada satu trip je pukul 3 ptg. Dari pulau ke jeti pulak ada dua kali trip utk sebelah pagi, pukul 7.30 pagi dgn 11 pagi, manakala sebelah ptg pada pukul 1 ptg. Sis Zati bagitau kat aku better aku naik pukul 9 pagi sbb aku ada aktiviti belah ptg. So, kami pon amik trip pukul 9 pagi. Trip ke pulau amik masa dalam 1 jam 40 minit. Lama kot. Aku pon apalagi, membuta laa dulu. Hahaa!
 |
| Yeayy! Kami dah sampai di Jeti Syahbandar, Kuala Terengganu |
 |
| Menuju ke feri |
 |
| Tak habis2 dgn wefie nya 😉 pastu, tido kejap |
Utk makluman semua, Pulau Redang ni takde sediakan kemudahan jeti ye (bagi yg turun di Long Beach). So, nanti korang akan ditransfer ke lagi satu boat and then baru laa sampai di pantai. Agak mencabar jugak laa time nak transfer tu sbb dorang transfer kita semua sekali dgn beg2 kat tgh laut (jauh sikit je dgn pantai). Nasib laa siapa yg bawa luggage. Memang mkn masa sikit laa (nasib baik aku dtg dgn style backpackers je). Dgn laut bergelora, masing2 jadi unstabled. Ada kerusi dorang sediakan, tapi nasib laa sape yg dpt duduk dulu. First come, first served. Macam tu laa. Aku dgn Sue pon berdiri laa kat tepi railing boat tu. Sobbs sobbs..
 |
| Aku panggil ni jetty boat sbb kami kena transfer ke sini dulu baru turun ke tepi pantai |
 |
| Passenger truck setiap resort dah menunggu |
to be continue next part :)